awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru pemandu guna lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/12/2021
00:26 MYT
Polis buru pemandu guna lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan
Polis mengesan sebuah video yang tular di media sosial berhubung kejadian itu, pada Rabu. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang memandu di dalam lorong motosikal di Kilometer (KM) 29.5, Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya mengesan sebuah video yang tular di media sosial berhubung kejadian itu, pada Rabu.
"Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Kenderaan terlibat adalah sebuah kereta jenis Proton Persona," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin menyeru pemilik atau pemandu kereta dan saksi yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di nombor 016-2679025.
Polis turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi arah papan tanda dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian nahas.
Topic Berkaitan
#lorong motosikal
#kereta
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan