awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek lastik lori di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2023
05:09 MYT
Polis buru suspek lastik lori di lebuh raya
Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan isu mogok yang dianjurkan oleh pemilik lori di Kota Bharu sebelum ini. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis Kelantan sedang memburu suspek yang terlibat melastik lima buah lori menggunakan batu dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berdekatan Kampung Kemuning, Machang pada Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam itu dipercayai berlaku gara-gara dakwaan melarang sebarang pergerakan melibatkan lori sempena demonstrasi menyatakan bantahan terhadap tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan itu satu siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan isu mogok yang dianjurkan oleh pemilik lori di Kota Bharu sebelum ini.
"Operasi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.
"Empat daripada lima lori yang dilastik membawa muatan ubat dari Pengkalan Chepa ke Kuala Lumpur dan mengalami kerosakan retak di bahagian cermin hadapan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.
Menurut beliau, sebuah lagi kenderaan melibatkan lori yang tidak mempunyai muatan dari Kota Bahru ke Ipoh, turut mengalami kerosakan retak di bahagian cermin hadapan.
Ujarnya, hasil siasatan mendapati kawasan kejadian merupakan laluan lebuh raya.
Muhamad Zaki memberitahu, lokasi tersebut juga gelap dan tiada lampu jalan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lastik lori
#Kelantan
#mogok pemandu lori
#Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan