awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh

Bernama
Bernama
10/04/2026
02:17 MYT
Polis buru tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh
Muhammad Hassan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna jingga dan seluar panjang hitam. - Gambar ihsan PDRM
Polis memburu seorang lelaki warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh semalam ketika dalam tahanan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tahanan berkenaan, Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna jingga dan seluar panjang hitam.
Beliau berkata, lelaki itu berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (d) dan (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan ini mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Hafiz berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan banduan itu, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor C. Muhendran menerusi talian 010-4304383 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh melalui talian 03-61561222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPD Sungai Buloh
#Tahanan reman
#lari
#Penjara Sungai Buloh
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan