awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera

Hakim Rahman
Hakim Rahman
29/06/2017
10:31 MYT
Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, lelaki terbabit merupakan kekasih kepada ibu mangsa. - Foto IPD Brickfields
Polis memburu seorang lelaki warga Nigeria, Ebiziem Afeanyi Stephen, 31 tahun, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera pada 22 Jun lalu.
Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 tahun, ditinggalkan dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Cheras pada 20 Jun lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, lelaki terbabit merupakan kekasih kepada ibu mangsa.
"Kita telah menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun di sekitar Bayan Baru, Pulau Pinang pada 23 Jun lalu.
"Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya melarikan diri dan kami percaya lelaki berkenaan dapat membantu siasatan kes ini," katanya.
Suspek warga Nigeria dikenali sebagai Ebiziem Afeanyi Stephen. - Foto IPD Brickfields
Suspek warga Nigeria dikenali sebagai Ebiziem Afeanyi Stephen. - Foto IPD Brickfields
Tambahnya, ujian air kencing terhadap ibu mangsa mendapati wanita itu positif dadah jenis syabu.
Mengulas lanjut, Ruslan berkata laporan bedah siasat pihak hospital mengesahkan mangsa mati disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-90516222.
Topic Berkaitan
#buru
#dera
#Ebiziem Afeanyi Stephen
#IPD Brickfields
#Kanak-kanak
#Mohd Adam Osi
#polis
#warga Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan