awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2023
06:12 MYT
Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid
Pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam kawasan masjid. - Gambar/ Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki mencuri duit tabung di sebuah masjid di SS7, Kelana Jaya, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada petugas masjid tersebut pada jam 7.30 pagi.
"Pengadu mendapati tabung masjid yang berada di pekarangan masjid telah tiada ketika dia bersama jemaah selesai menunaikan solat Subuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Fakhrudin berkata, pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam kawasan masjid.
"Suspek menggunakan pemotong besi dan melarikan tabung masjid tersebut, anggaran kerugian yang dialami oleh masjid tersebut kira-kira RM400," katanya.
Beliau berkata, kes telah disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi tabung masjid
#Kelana Jaya
#SS7
#waktu Subuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan