awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru YouTuber curi masuk Sunway Lagoon

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2022
13:50 MYT
Polis buru YouTuber curi masuk Sunway Lagoon
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihaknya di talian 03-56210343. - Gambar hiasan/ Bernama
SUBANG JAYA: Pihak polis sedang memburu tiga lelaki tempatan disyaki mencuri masuk ke dalam kawasan pusat rekreasi Sunway Lagoon di sini dan memuat naik rakaman video perbuatan mereka di halaman Youtube.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu hanya disedari seorang pekerja taman tema tersebut selepas menemui klip video berkenaan pada Jumaat yang dimuat naik seorang lelaki.
Menurutnya, menerusi video tersebut, suspek menceritakan bagaimana dua daripada mereka berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan taman tema tersebut secara percuma.
"Suspek menceroboh masuk dengan cara melompat dari dinding pintu 'surfbeach' terus ke dalam kolam taman tema dengan mencampakkan telefon bimbit ke dalam kawasan taman tema.
"Suspek memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan tertinggal telefon bimbit di dalam taman tema lalu dibenarkan masuk seterusnya suspek terus tidak dapat dikesan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang Youtuber.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi pihaknya di talian 03-56210343.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/185512/BERITA/Semasa/Polis-buru-Youtuber-curi-masuk-Sunway-Lagoon
Topic Berkaitan
#YouTuber
#Sunway Lagoon
#curi masuk
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan