awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari dua saksi bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia

Bernama
Bernama
30/05/2023
12:36 MYT
Polis cari dua saksi bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
Mohd Zaid berkata mereka diminta hadir semasa perbicaraan kes itu pada 6, 7, 13 dan 14 Jun ini di Mahkamah Sesyen Kajang sebagai saksi pendakwaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua saksi penting bagi membantu perbicaraan kes bunuh seorang lelaki Indonesia di Hospital Kajang pada 2018.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-dua individu merupakan warganegara Indonesia iaitu Syamsiah Ismail dengan alamat terakhir di No 2 Jalan Tasik Indah, Off Jalan Ipoh, Sentul dan Bahari Hasan beralamat terakhir di Town Centre Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini.
Beliau berkata mereka diminta hadir semasa perbicaraan kes itu pada 6, 7, 13 dan 14 Jun ini di Mahkamah Sesyen Kajang sebagai saksi pendakwaan.
"Pada 22 Ogos 2018, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kematian seorang lelaki warganegara Indonesia di Hospital Kajang. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Suspek yang terlibat telah ditangkap dan dituduh di mahkamah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854 100.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Kanun Keseksaan
#kes bunuh
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan