awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari maklumat mangsa langgar lari

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
31/05/2022
00:20 MYT
Polis cari maklumat mangsa langgar lari
Mangsa disyaki telah terlibat dalam kejadian langgar lari sebelum mayatnya ditemui orang awam. - Foto ihsan pembaca
KEMAMAN: Polis menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian langgar lari membabitkan seorang warga emas yang ditemui mati di kaki lima Kilometer 8 Jalan Ibok-Ayer Jernih, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata berdasarkan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan dada.
Menurut Hanyan, mangsa disyaki telah terlibat dalam kejadian langgar lari sebelum mayatnya ditemui orang awam.
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tampil bagi membantu siasatan.
Terdahulu mayat Misron Kastaja, 66, ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tertiarap di kaki lima jalan pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu.
Hanyan berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas
#mayat
#langgar lari
#Hanyan Ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan