awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah

Bernama
Bernama
22/03/2023
11:34 MYT
Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan menerusi kenyataan berkata penama berkenaan diminta hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi pendakwaan pada 27 dan 28 Mac ini.
Alamat terakhir Sivakumar adalah di No. 23 Jalan Tempua 6, 47100 Puchong Jaya, Selangor.
Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada pihak polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100.
Pada 16 Mei 2020, polis menyelamatkan seorang lelaki warga India di Kajang selepas menerima satu laporan berkaitan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.
Susulan itu, polis berjaya menahan suspek terlibat dalam kejadian itu dan telah dituduh di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#T Sivakumar
#perbicaraan kes pemerdangangan manusia
#Polis Daerah Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan