awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa di Kundasang: Tiada kerosakan dilaporkan, keadaan terkawal - Bomba
Kerajaan perhebat kawalan bekalan, harga barangan depani krisis bekalan global
1,048 mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditempatkan di enam PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gempur tiga kondominium jadi pusat panggilan, 11 individu ditahan

Bernama
Bernama
19/04/2026
06:41 MYT
Polis gempur tiga kondominium jadi pusat panggilan, 11 individu ditahan
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata serbuan dilakukan pada Jumaat lepas oleh JSJK Kontinjen Pulau Pinang, hasil maklumat dan risikan. - Gambar fail/Bernama
Polis menahan 11 individu termasuk warga asing selepas menggempur tiga kondominium di sekitar Sungai Nibong, di sini, yang dipercayai dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata serbuan dilakukan pada Jumaat lepas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang, hasil maklumat dan risikan.
“Tangkapan terdiri daripada tiga lelaki warga China, dua lelaki warga Taiwan, dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam, seorang lelaki Jepun serta dua lelaki warga tempatan berusia 21 hingga 56 tahun.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan yang menjalankan kegiatan membuka akaun Facebook palsu untuk tujuan penipuan dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azizee berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai mula beroperasi awal April tahun ini dengan menyasarkan mangsa dari China, Jepun, Taiwan dan Vietnam melalui platform media sosial berkenaan.
Beliau berkata dalam serbuan pertama, polis merampas pelbagai barangan iaitu 11 telefon bimbit jenis iPhone, sebuah router WiFi, satu set kunci rumah, sekeping bil Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebuah iPad, sebuah komputer riba, tiga tetikus dan satu pengecas komputer riba.
Turut dirampas sebuah buku nota, dua skrin komputer (monitor pc), dua unit pemprosesan pusat (CPU), dua papan kekunci serta satu suis Internet jenama TP-Link.
Dalam serbuan kedua pula, beliau berkata polis merampas sebuah telefon bimbit pelbagai jenama dan satu set kunci rumah.
Beliau berkata soal siasat mendapati suspek mengaku mula bekerja sebagai pekerja khidmat pelanggan sejak awal April di sekitar Sungai Nibong bagi menjalankan aktiviti penipuan tersebut.
Katanya, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aziee Ismail
#Pusat Panggilan
#penipuan
#dalam talian
#Facebook
#kondominum
#Sungai Nibong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan