awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor nafi tidak bertindak terhadap laporan anggotanya pukul remaja

Bernama
Bernama
17/11/2017
23:00 MYT
Polis Johor nafi tidak bertindak terhadap laporan anggotanya pukul  remaja
MOHD KHALIL: Memandang kes ini masih dalam siasatan, pihak berkaitan dinasihatkan merujuk kepada Pegawai Penyiasat ASP Idris Seth jika ada sebarang maklumat. - Gambar fail
Polis Johor menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap satu laporan yang mendakwa anggotanya memukul seorang remaja lelaki tanpa sebab, di sini, awal pagi Khamis.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kes itu telah pun disiasat di bawah Seksyen 323 dan 307 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila kertas siasatan lengkap.
"Memandang kes ini masih dalam siasatan, adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan jika ada sebarang maklumat, bolehlah merujuk kepada Pegawai Penyiasat ASP Idris Seth di talian 07-223 2222," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau mengulas dakwaan dibuat bapa remaja berkenaan di laman sosial yang mengatakan polis kononnya tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuatnya di Balai Polis Dato Onn di sini, sebelum ia menjadi tular.
Dalam laporannya itu, dia mendakwa anggota polis itu telah memukul anaknya yang berusia 23 tahun tanpa sebab ketika ditahan di kawasan Perindustrian Tebrau 4 kira-kira 1.45 pagi Khamis.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambil tindakan
#Balai Polis Dato Onn
#Johor
#Kanun Keseksaan
#kertas siasatan
#kes pukul
#laporan polis
#Mohd Khalil Kader Mohd
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan