awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan perkasa tiga elemen perangi Daish

Bernama
Bernama
24/07/2016
23:22 MYT
Polis Kelantan perkasa tiga elemen perangi Daish
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata seramai 14 individu ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman. - Gambar fail
Polis Kelantan akan memperkasa tiga elemen utama iaitu masyarakat, pencegahan jenayah dan risikan bagi membanteras anasir tidak sihat termasuk aktiviti kumpulan militan Daish di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata walaupun tiada sebarang aktiviti berkaitan kumpulan militan itu dikesan di negeri ini setakat ini, namun pihaknya akan meningkatkan aktiviti risikan bagi menangani sebarang ancaman radikal.
"Saya menggesa kesemua balai, dan pusat penginapan untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya kepada pemberita di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini pada Ahad selepas melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata seramai 14 individu ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah, selepas disyaki terlibat dengan kumpuan militan Daish.
Dalam pada itu, Ab Rahman berkata antara kawasan yang akan diberikan perhatian rapi adalah empat daerah bersempadan dengan negara jiran iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah.
Beliau berkata selain itu, kawasan pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh juga akan menjadi keutamaan agensi itu dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan senjata api.
Katanya, semua agensi keselamatan di sempadan termasuk Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Imigresen akan bekerjasama bagi memerangi aktiviti jenayah di kawasan sempadan.
Topic Berkaitan
#Ab Rahman Ismail
#Kelantan
#Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan