awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti identiti lima mangsa kebakaran di Raub

Bernama
Bernama
26/02/2026
04:56 MYT
Polis kenal pasti identiti lima mangsa kebakaran di Raub
Ahmad Balia Murqam (dua, kiri) dan Ruby Adalia Balqis (dua, kanan) ketika tiba di Unit Forensik Hospital Raub hari ini. -- fotoBERNAMA
Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.
Beliau berkata ketika kejadian, dua lagi anak pasangan itu tiada di rumah kerana menetap di asrama.
“Anak mangsa yang tiada di rumah ialah Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shahril berkata hasil siasatan turut mendapati rumah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, namun jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.
Beliau berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raub
#kebakaran
#identiti
#lima sekeluarga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan