awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera

Bernama
Bernama
12/04/2026
09:15 MYT
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
Mohd Zamzuri berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 10.47 malam ketika anggota berusia 27 tahun itu sedang menjalankan kawalan lalu lintas di persimpangan berkenaan. - Gambar fail

Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang disyaki melanggar seorang anggota polis trafik ketika bertugas hingga menyebabkan kecederaan di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan pada 11.40 malam berhubung kemalangan melibatkan anggota berpangkat konstabel yang dilanggar sebuah Perodua Axia dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada 10.47 malam ketika anggota berusia 27 tahun itu sedang menjalankan kawalan lalu lintas di persimpangan berkenaan.

“Anggota terbabit sedang bertugas di kawasan petak kuning sebelum dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan yang nombor pendaftarannya belum dikenal pasti, sebelum pemandu melarikan diri tanpa berhenti memberikan bantuan.

“Mangsa mengalami luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit rusuk dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan termasuk melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohammad Salehuddin Musa menerusi talian 013-3994958, Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di 03-2071 9999 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kemalangan anggota polis
#polis trafik dilanggar
#PULAPOL
#Axia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan