awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu isu banjir, bekalan air di Sarawak diselesaikan segera
Konflik Asia Barat: 4 maut, 2 hilang dalam nahas pesawat pengisi minyak di Iraq - CENTCOM
Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar utara Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan saksi penting kes Seksyen 124B Kanun Keseksaan di luar negara - Bukit Aman

Bernama
Bernama
13/03/2026
08:24 MYT
Polis kesan saksi penting kes Seksyen 124B Kanun Keseksaan di luar negara - Bukit Aman
M. Kumar (foto) berkata semakan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati saksi-saksi berkenaan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Januari hingga Februari lepas. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan beberapa saksi penting yang dipercayai telah meninggalkan negara bagi membantu siasatan kes berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata semakan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati saksi-saksi berkenaan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Januari hingga Februari lepas.
Beliau berkata siasatan kes itu sedang dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan susulan daripada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada 27 Feb lepas.
“Setakat hari ini, 14 saksi telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
"PDRM komited dalam menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kumar menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan bagi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.

Pada 27 Feb lepas, Mohd Khalid dilaporkan berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara yang didakwa melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa.

Menurut beliau, siasatan terhadap dakwaan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#PDRM
#saksi
#siasatan
#demokrasi berparlimen
# M. Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan