awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok

Bernama
Bernama
23/02/2026
10:53 MYT
Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok
Kejadian dipercayai berlaku antara 6.15 petang hingga 7 malam ketika ahli parlimen itu sedang melakukan aktiviti senaman di taman rekreasi berkenaan. - Foto Sinar Harian
Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes pecah cermin kereta milik Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di kawasan parkir Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.49 semalam.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 6.15 petang hingga 7 malam ketika ahli parlimen itu sedang melakukan aktiviti senaman di taman rekreasi berkenaan.
"Apabila selesai bersenam, mangsa mendapati cermin pintu hadapan sebelah kiri kenderaannya telah dipecahkan.
"Mangsa melaporkan kehilangan beg tangan yang mengandungi dokumen penting, telefon bimbit serta wang tunai dengan anggaran kerugian berjumlah RM6,500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Firdaus berkata pasukan forensik telah berjaya menemukan tiga kesan cap jari pada kenderaan berkenaan dan telah dihantar ke Sistem Pemeriksaan Biometrik Forensik (BIOFIS) Bukit Aman bagi proses pengecaman manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#pecah cermin kereta
#Ahli Parlimen Seputeh
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan