awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan tujuh kereta mewah dipandu berbahaya

Bernama
Bernama
19/07/2022
15:24 MYT
Polis kesan tujuh kereta mewah dipandu berbahaya
Hussin berkata polis mengesan rakaman video sekumpulan kereta mewah yang sedang berkonvoi itu di laman Facebook kira-kira pukul 8.55 malam. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA TINGGI: Polis sedang mengesan tujuh pemandu kereta mewah bernombor pendaftaran asing yang didapati memandu dan memotong secara berbahaya di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi menghala Bandar Penawar di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata polis mengesan rakaman video sekumpulan kereta mewah yang sedang berkonvoi itu di laman Facebook kira-kira pukul 8.55 malam.
"Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyenaraikan nombor pendaftaran dan warna kereta mewah yang terlibat dalam kejadian berkenaan iaitu SLW3839P berwarna kuning, EN403M (putih), SKH3888M (merah), SMG80C (merah), SBA479Z (hitam), SMZ986P (kuning) dan SNF19A (putih).
Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN166/59 bagi kesalahan memotong secara berbahaya.
Hussin turut menasihatkan orang ramai agar lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pemandu berhemah tanpa melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain.
Terdahulu, dua video berdurasi 1 minit 17 saat dan 1 minit 58 saat tular di media sosial menunjukkan rakaman sekumpulan tujuh kereta mewah berkonvoi dan memotong kenderaan lain sehingga mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta mewah
#Singapura
#pandu berbahaya
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan