awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan wanita larikan gelang emas bernilai RM10,000

Bernama
Bernama
09/04/2022
09:11 MYT
Polis kesan wanita larikan gelang emas bernilai RM10,000
Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan polis daripada jurujual kedai berkenaan pada pukul 8.18 malam tadi.
"Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an telah melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram.
"Wanita itu telah dibantu oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri selepas kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.
Amran berkata anggota masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, visual wajah suspek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelang emas
#kedai emas
#Pekan Kuala Pilah
#Polis Daerah Kuala Pilah
#larikan gelang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan