awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya

Bernama
Bernama
04/10/2023
14:41 MYT
Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya
Allaudeen berkata operasi fasa 1 memperlihatkan sebanyak 174,390 jumlah saman dikeluarkan manakala hanya 92,262 saman pada fasa 2. - Gambar fail/FB Polis KL
KUALA LUMPUR: Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan terus dilaksanakan secara total enforcement bagi mengekalkan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata dua fasa operasi itu yang dijalankan sebelum ini iaitu pada 3 hingga 31 Julai dan 15 hingga 29 Sept memperlihatkan perbezaan jumlah saman yang dikeluarkan dan jumlah tangkapan yang ketara.
Beliau berkata operasi fasa 1 memperlihatkan sebanyak 174,390 jumlah saman dikeluarkan manakala hanya 92,262 saman pada fasa 2.
"Jumlah tangkapan pada fasa 1 pula seramai 309 orang melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan trafik manakala bagi pada fasa 2 pula menunjukkan sebanyak 172 orang ditahan.
"Kesalahan halangan lalu lintas menjadi penyumbang tertinggi saman iaitu sebanyak 143,673 bagi fasa 1 dan 72,301 bagi fasa 2," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata antara kesalahan yang ditumpukan pada operasi itu ialah halangan lalu lintas; berhenti di petak kuning; meletak kenderaan di laluan pejalan kaki; tiada lesen memandu melibatkan warga tempatan dan warga asing; memandu semasa lampu isyarat merah; dan isu nombor plat kenderaan seperti kotor, kabur dan fancy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya
#pejalan kaki
#plat kenderaan
#halangan lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan