awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2015
12:20 MYT
Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
ABDUL RAHIM: Polis akan klasifikasi semula kes jika terbukti perlakuan tersebut ada unsur jenayah.
Polis Pulau Pinang akan menyemak semula klasifikasi siasatan sekiranya laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan terdapat unsur jenayah dalam kejadian kebakaran di Tanjung Bungah.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis akan mengklasifikasikan semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
Beliau berkata setakat ini polis telah menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
“Sementara waktu ini, kita klasifikasikan di bawah laporan kebakaran. Pihak kami telah terima 26 laporan daripada mangsa iaitu tuan kenderaan.
"Sekiranya laporan bomba ada menunjukkan unsur jenayah, kami akan klasifikasi semula di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.
Abdul Rahim berkata demikian dalam sidang media di George Town pada Khamis.
Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, kesemua 32 motosikal dan enam kereta yang diletakkan di parkir pangsapuri di Puncak Erskine, musnah dalam kebakaran.
Pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mendapati api marak dan asap tebal menyebabkan anggota bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Hanafi
#bomba
#kebakaran
#polis
#Puncak Erskine
#Tanjung Bungah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan