awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasi semula kes koperal pukul rakan setugas sebagai kes bunuh

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
07:56 MYT
Polis klasifikasi semula kes koperal pukul rakan setugas sebagai kes bunuh
Polis berkata permohonan untuk menjalankan bedah siasat terhadap mangsa juga telah dibuat bagi mengenal pasti punca kematian.
Polis mengklasifikasikan semula kes seorang anggota tentera berpangkat koperal memukul tujuh anggota lain, termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, 31 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas seorang daripada mangsa meninggal dunia pagi tadi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi, menyebabkan siasatan kes berkenaan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan perkembangan itu, kertas siasatan yang sebelum ini dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Zaiham berkata permohonan untuk menjalankan bedah siasat terhadap mangsa juga telah dibuat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Pihak polis turut akan meneliti semula keterangan yang telah diambil sebelum ini, dan jika perlu sambungan rakaman percakapan saksi akan dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya.
Pada 6 April lepas, media melaporkan seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kematian anggota tentera
#kes pukul tentera
#koperal pukul anggota
#Muhammad Amirul Raziq Rosafindi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan