awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis larang orang ramai hampiri kawasan pantai musim MTL

Bernama
Bernama
23/11/2025
12:00 MYT
Polis larang orang ramai hampiri kawasan pantai musim MTL
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di pesisir pantai pada musim Monsun Timur Laut (MTL). - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di pesisir pantai pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ia susulan keadaan laut yang bergelora dan ombak besar yang melanda Terengganu, beberapa hari kebelakangan ini.
Beliau berkata antara lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Pantai Batu Buruk dan Pantai Pandak di Kuala Terengganu, Pantai Seberang Takir serta Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus.
"Keadaan pada masa ini tidak sesuai dan amat bahaya untuk sebarang aktiviti di tepi pantai. Ombak besar turut membawa batu-batu, kayu-kayu serta sampah sarap yang boleh mengundang risiko kecederaan.
"Oleh itu orang ramai dinasihat supaya mengelak sebarang aktiviti air sepanjang musim MTL," katanya dalam kenyataan hari ini.
POLIS-PANTAI 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Selain itu Azli berkata orang ramai juga diiingatkan supaya mematuhi semua papan tanda amaran serta bendera merah yang dipasang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sepanjang pantai berisiko.
Sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk, beliau meminta orang ramai supaya peka dengan sebarang arahan berpindah atau amaran keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
"Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak di kawasan rendah yang mudah dinaiki air kerana dibimbangi berlaku kejadian lemas atau terperangkap dalam arus deras.
"Polis akan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#musim MTL
#polis larang
#kawasan pantai
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan