awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh

Bernama
Bernama
12/03/2025
09:45 MYT
Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Suspek ditahan semula Khamis lepas, selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023. - Gambar fail/Astro AWAMI
GEORGE TOWN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

Ringkasan AI
  • Polis telah melengkapkan tiga kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.
  • Doktor tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis tetapi ditahan semula selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap pesakit lain.
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya membuka tiga kertas siasatan berhubung kes melibatkan doktor lelaki berusia 43 tahun itu.
"Lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam... setakat ini kami telah lengkapkan tiga kertas siasatan dan akan diserahkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam 26 Feb selepas menerima maklumat daripada pihak hospital dan suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.
Bagaimanapun suspek ditahan semula Khamis lepas, selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023 sebelum seorang wanita warga asing pula membuat laporan polis pada Jumaat lepas, mendakwa suspek memperdayakannya untuk membuka pakaian ketika melakukan pemeriksaan jantung di hospital tempat doktor itu bertugas pada 20 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doktor berkelakuan tidak senonoh
#kertas siasatan lengkap
#Polis Daerah Timur Laut
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan