awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin rampas diesel subsidi bernilai hampir RM100,000

Bernama
Bernama
30/01/2013
08:30 MYT
Polis Marin rampas diesel subsidi bernilai hampir RM100,000
Polis Marin berjaya menggagalkan cubaan menyeludup diesel subsidi bernilai hampir RM100,000 yang dibawa di dalam sebuah lori tangki berwarna putih dalam rampasan di Persiaran Selatan, Pandamaran di sini.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata dalam rampasan kira-kira pukul 6.30 petang semalam, sepasukan Unit Rondaan Marin (URB) mengekori lori berkenaan, hasil maklumat dan risikan yang diterima berhubung aktiviti menyeludup diesel bersubsidi.
"Anggota URB mengekori lori berkenaan dan menahan serta menjalankan pemeriksaan, seterusnya mendapati tangki lori itu mengandungi 10,920 liter diesel bernilai RM98,392," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu lori warganegara tempatan itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen jual beli yang sah berkaitan muatan diesel berkenaan.
Norzaid berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan bekalan 1961.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan diesel berkenaan dibeli daripada pembekal berlesen dan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan tetap di sekitar Lembah Klang, katanya.
Topic Berkaitan
#diesel subsidi
#polis marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan