awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh

Bernama
Bernama
05/02/2026
06:45 MYT
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lokasi terakhir Hazqil Hajid dilihat ialah di Jalan Sp 3/9, Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata laporan kehilangan Hazqil Hajid Ahmad Hamdan diterima pada 6.38 petang semalam daripada ibunya setelah remaja itu tidak pulang ke rumah.
Beliau berkata Hazqil Hajid mempunyai ketinggian 183 sentimeter dengan berat 77 kilogram dan berambut pendek lurus berwarna hitam.
"Lokasi terakhir Hazqil Hajid dilihat ialah di Jalan Sp 3/9, Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh manakala pakaian terakhirnya baju-T kadet polis berwarna biru gelap dan seluar trek hitam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan remaja berkenaan diminta menghubungi Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-870 1889 atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#remaja lelaki hilang
#Sungai Buloh
#PDRM
#Hazqil Hajid Ahmad Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan