awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta penganjur perhimpunan #KitaLawan serah diri

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2015
14:20 MYT
Polis minta penganjur perhimpunan #KitaLawan serah diri
Khalid (gambar) mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti individu terlibat dan mereka diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. -Gambar fail
Polis menggesa penganjur perhimpunan jalanan #KitaLawan di ibu negara Sabtu lalu menyerah diri, atau berdepan tindakan undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti individu terlibat dan mereka diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan diburu dan ditahan, kata Khalid.
Polis memberi jaminan akan menyiasat pelbagai isu yang ditimbulkan semasa perhimpunan itu.
Setakat ini, dua pemimpin pembangkang telah ditahan dan seorang daripadanya direman tiga hari.
Kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Khalid memberitahu pihaknya masih belum dapat menjejaki suspek yang mengugut untuk meletupkan keretanya.
Siasatan awal mengesyaki akaun laman sosial yang digunakan untuk memuat naik ugutan itu didaftar di luar negara.
Topic Berkaitan
##KitaLawan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#penganjur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan