awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantu kesan dua remaja perempuan hilang di Ipoh

Bernama
Bernama
10/12/2025
11:15 MYT
Polis mohon bantu kesan dua remaja perempuan hilang di Ipoh
Noralia Sofia (kiri) dan Nor Shafiqa (kanan) dilaporkan hilang sejak Oktober lalu.
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di sekitar bandar raya ini sejak Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Noralia Sofia Abdullah, 13, dilaporkan hilang sejak 21 Okt lalu. Remaja berbadan kurus itu beralamat di 55, Hala Klebang Restu 20, Medan Klebang Restu.
Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zainudin di talian 017-9558984 atau Balai Polis Chemor (05-2012222).
Beliau berkata seorang lagi remaja, Nor Shafiqa Abdul Rahman Hadzri, 17, hilang sejak 3 Dis lalu.
Remaja berbadan gempal itu beralamat terakhir di 136, Jalan Rapat Baru, Taman Seri Berajaya.
Maklumat boleh disalurkan kepada penyiasat Sarjan Mohamad Azlan Mohd Noor di talian 019-5141791 atau Balai Polis Kampung Rapat (05-3126327).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Ipoh
#PDRM
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan