awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil

Bernama
Bernama
07/09/2024
10:25 MYT
Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil
Mohammed Ahil yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.
"Polis menerima laporan berkaitan kehilangan Mohammed Ahil pada 8.20 malam tadi dan kanak-kanak itu kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah, berseluar panjang berwarna hitam dan sandal berwarna putih atau biru.
"Mohammed Ahil berketinggian 100 hingga 110 sentimeter, berat badan 30 hingga 32 kilogram, tidak memakai cermin mata dan berkulit gelap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Insp Muhamad Adib Muhamad Helmi menerusi talian 03-6064 1222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Polis Hulu Selangor 03-6064 1223.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#Mohammed Ahil
#PDRM
#budak hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan