awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah

Bernama
Bernama
15/08/2024
07:11 MYT
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Kali terakhir Raisya Rasyiqah dilihat di pekan Beranang dengan mengenakan kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua, bertudung warna ungu dan memakai cermin mata. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan pada 10.03 malam, Isnin lepas.
"Sebelum itu, ibunya keluar mencari mangsa yang dikatakan lewat pulang dari sekolah sebelum menemukan remaja itu di kawasan Beranang pada 6.40 petang hari berkenaan.
"Orang hilang (Raisya Rasyiqah) enggan pulang sebaliknya melarikan diri dan hingga kini gagal dikesan. Keluarga juga tidak mengetahui sama ada mangsa mendapat bantuan daripada rakan atau kenalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Raisya Rasyiqah berkulit sawo matang, tinggi lebih kurang 148 sentimeter, berat 40 kilogram dan berbadan sederhana.
Naazron berkata kali terakhir Raisya Rasyiqah dilihat di pekan Beranang dengan mengenakan kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua, bertudung warna ungu dan memakai cermin mata .
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit boleh tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis mohon bantuan
#kesan remaja hilang
#Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan
#hilang di Beranang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan