awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan remaja hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2022
22:00 MYT
Polis mohon bantuan kesan remaja hilang
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan P Pavitra, 16, yang dipercayai hilang sejak Khamis. -Foto PDRM
BENTONG: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dipercayai hilang sejak Khamis.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja terbabit, P Pavitra, 16, dipercayai tiada di kawasan sekolah pada hari kejadian.
Menurutnya, satu laporan polis dibuat jam 4.41 petang berikutan kehilangan remaja itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini.
"Hasil siasatan awal, mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.
"Remaja itu dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.
"Ibu saudara remaja yang berusia 48 tahun menerima panggilan daripada bapa mangsa yang memaklumkan telah menerima panggilan daripada pemandu van seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun iaitu mangsa tidak menaiki kenderaan itu selepas tamat waktu persekolahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, orang ramai yang melihat mangsa dimohon supaya menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau melaporkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#P Pavitra
#remaja perempuan dipercayai hilang
#Zaiham Mohd Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan