awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2023
02:20 MYT
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Menurut Polis Daerah Seberang Perai Tengah, objek disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya. - Foto PDRM
BUKIT MERTAJAM: Sebutir bom tangan lama yang dijumpai pekerja tapak pelupusan sampah di Ampang Jajar, di sini, dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San memaklumkan, polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan berkenaan pada jam 1.30 petang semalam.
"Siasatan polis mendapati tempat kejadian adalah di tapak pengurusan sisa pepejal yang terletak di kawasan berbukit dan berpagar.
"Objek disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak UPB dari IPK Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan keselamatan, seterusnya melakukan proses pemusnahan di kawasan terbabit.
Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#bom tangan
#tapak pelupusan sampah
#tapak pengurusan sisa pepejal
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan