awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi dakwaan penduduk Raub tidak boleh keluar selepas 12 tengah hari

Bernama
Bernama
30/03/2020
01:57 MYT
Polis nafi dakwaan penduduk Raub tidak boleh keluar selepas 12 tengah hari
Kama Polis tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian sama ada menerusi media sosial atau kenyataan media. Gambar fail/ Bernama.
Polis menafikan dakwaan penduduk Raub tidak dibenarkan keluar rumah selepas pukul 12 tengah hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, polis tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian sama ada menerusi media sosial atau kenyataan media.
"Oleh itu, dakwaan bahawa polis Raub mengehadkan tempoh keluar rumah selama lima jam bermula jam 7 pagi kerana dikatakan keadaan di sini seperti 'pesta' pada waktu tengah hari adalah tidak benar.
"Dakwaan berlaku kesesakan di Bandar Raub juga tidak benar kerana kerana sejak PKP berkuatkuasa pada 18 Mac lalu tiada aduan kesesakan lalu lintas diterima," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.
BACA: Jerantut, Pekan dan Raub dilarang jual makanan secara bawa pulang mulai esok
Sehubungan itu, Kama Azural menggesa masyarakat supaya tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat sedemikian di media sosial sehingga boleh menimbulkan kebimbangan awam.
Kama Azural berkata sejak pelaksanaan PKP, penduduk Raub memberikan kerjasama yang baik sehingga daerah itu mencatatkan pematuhan sebanyak 97 peratus, yang merupakan antara tertinggi bagi daerah di Pahang.
PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Rabu lepas mengumumkan tempoh pelaksanaannya dilanjutkan sehingga 14 April ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kama azural
#Ketua Polis Daerah Raub
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#nafi
#Perdana Menteri
#PKP
#polis
#Raub
#tidak dibenarkan keluar rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan