awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi Empangan Pergau pecah

Bernama
Bernama
22/05/2021
09:01 MYT
Polis nafi Empangan Pergau pecah
Polis menafikan Empangan Hidroelektrik Pergau yang terletak di daerah ini pecah susulan hujan lebat semalam, seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi. - Twitter/BERNAMA
JELI: Polis menafikan Empangan Hidroelektrik Pergau yang terletak di daerah ini pecah susulan hujan lebat semalam, seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin berkata pihak pengurusan empangan berkenaan telah memaklumkan bahawa kejadian itu tidak berlaku.
"Tiada setakat ini... kami telah sahkan dengan pihak pengurusan empangan berkenaan. Sekiranya ada kejadian seperti empangan pecah atau air melimpah dan sebagainya, sudah tentu siren amaran akan dibunyikan terlebih dahulu.
"Paras air di Empangan Hidroelektrik Pergau berada pada paras normal walaupun semalam hujan di kawasan itu dan kami hanya mendapat maklumat hanya paras air Sungai Pergau berdekatan empangan itu sedikit naik namun masih pada paras normal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa empangan air itu pecah serta siren amaran telah dibunyikan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Empangan Pergau
#pecah
#Tular
#WhatsApp
#Polis Daerah Jeli
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan