awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi Farhash tidak diberi makan dalam tahanan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/07/2019
06:33 MYT
Polis nafi Farhash tidak diberi makan dalam tahanan
Dakwaan mengatakan Farhash Wafa Salvador tidak diberi makan dalam tempoh 24 jam ketika di bawah tahanan reman adalah mengarut, kata Abdul Hamid Bador. - Gambar Astro AWANI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Majlis Pimpinan Keadilan Rakyat Negeri Perak terhadap Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador yang dikatakan tidak diberi makan dalam tempoh 24 jam ketika di bawah tahanan reman.
"Itu semua dakwaan yang tak betul la, saya tolak sekeras-kerasnya", katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini pada Khamis.
Farhash ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung siasatan video intim bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki mirip seorang menteri kanan.
Dalam perkembangan sama, Hamid turut menegaskan tiada sebarang campur tangan politik berhubung siasatan video intim berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut prosedur operasi standard.
"Ingin saya jelaskan bahawa siasatan ini tidak melibatkan sebarang campur tangan dari mana-mana pihak dan tiada tekanan yang diberikan kepada saya.
"Kita bebas menjalankan siasatan berhubung video berkenaan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan," katanya lagi.
Menyentuh mengenai ketulenan video intim berkenaan pula, Abdul Hamid berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Abdul Hamid sebelum itu hadir ke Markas Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan sempena kunjungan rasmi yang pertamanya pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Farhash Wafa Salvador
#PKR
#Polis nafi Farhash tidak diberi makan dalam tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan