awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi kematian anggota tentera ada unsur dibuli

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2026
05:59 MYT
Polis nafi kematian anggota tentera ada unsur dibuli
Tular gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di Kuantan. Gambar kecil: Ashari. - Foto Sinar Harian
Polis menafikan kes kematian seorang anggota tentera akibat dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini sebagaimana yang disebarkan di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa dibawa ke hospital dipercayai kerana tidak sedarkan diri dan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Khamis.
Bagaimanapun menurutnya, pemeriksaan awal oleh pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
"Difahamkan keluarga mangsa ada buat laporan mendakwa anaknya dibuli.
"Pegawai penyiasat sudah membuat siasatan dan mendapati kes kematian anggota tentera terbabit setakat ini tiada unsur jenayah," katanya.
Ashari berkata, sekiranya benar kes kematian itu melibatkan buli dan ada kesan kecederaan, laporan polis akan dibuat pihak perubatan untuk siasatan lanjut.
Ashari berkata, proses bedah siasat juga telah dijalankan dan doktor mengesahkan organ dalaman mangsa dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.
"Pihak polis menunggu laporan kimia bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh diperoleh," ujarnya
Sebelum ini, sebuah akaun Facebook berkongsi gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ashari Abu Samah
#Kuantan
#kematian anggota tentera
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan