awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi kes budak cuba dilarikan di stesen minyak

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2024
11:31 MYT
Polis nafi kes budak cuba dilarikan di stesen minyak
Gambar kenderaan yang turut dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada 19 November tahun lalu tular kembali. -Sinar Harian
PASIR GUDANG: Polis menafikan berlaku kes seorang kanak-kanak cuba dilarikan di sebuah stesen minyak di Masai seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kes berkenaan merupakan kejadian lama yang telah dinafikan polis.
Jelasnya, polis pernah mengesahkan tiada kes membabitkan kejadian melarikan seorang kanak-kanak di sebuah stesen minyak di Masai, seperti yang tular di media sosial.
"Kejadian berkenaan dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada jam 2.30 petang, 19 November tahun lalu.
"Hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati kanak-kanak berkenaan selamat pulang ke rumahnya jam 4 petang, hari yang sama.
"Siasatan polis mendapati kanak-kanak berkenaan memaklumkan beliau keluar bersama rakan yang dikenalinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohd Sohaimi, pemilik akaun Facebook yang memuat naik perkara itu juga sudah memadam hantaran yang dibuat.
"Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#stesen minyak di Masai
#cubaan culik
#kejadian lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan