awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau pelajar sekolah terbabit dadah - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
05/02/2017
04:24 MYT
Polis pantau pelajar sekolah terbabit dadah - Ketua Polis Negara
KHALID: Polis sedang giat mengawasi aktiviti secara dekat.
Polis sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan dadah agar perbuatan itu tidak terus menular, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata mengikut rekod memang ada pelajar yang cuba dipancing sindiket dadah tertentu agar menjadi pengedar dalam kalangan pelajar sekolah.
"Memang ada dalam rekod kita, tapi mereka bukan pengedar sebenar tetapi diberi upah oleh sindiket...jika diberi aiskrim pun mereka boleh lakukan (mengedar).
"Namun, setakat ini keadaan masih terkawal dan kita sedang giat mengawasi aktiviti secara dekat untuk tindakan susulan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syeikh Ahmad di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut hadir Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dan Pengarah Pelajaran Kedah, Datuk Azuyah Hassan.
Menurut Khalid, pelajar yang terbabit dengan masalah dadah sebenarnya terdiri daripada mereka yang terlibat lebih awal dengan kumpulan kongsi gelap dan gangsterisme.
"Tumpuan polis juga ke arah pelajar yang terbabit dengan daun ketum dan juga anasir militan Daesh yang sedang mempengaruhi fahaman songsang dalam kalangan pelajar," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 113 kes dadah membabitkan pelajar direkodkan di Kedah sepanjang tahun lalu manakala bagi Januari tahun ini, ia mencatatkan lapan kes.
Terdahulu dalam ucapannya Khalid berkata, penglibatan polis dalam kawasan sekolah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik dalam kalangan pegawai dan anggota polis, diharap dapat membendung masalah salah laku pelajar dan perlakuan jenayah.
"Saya mahu PPS lebih aktif, kreatif dan inovatif dalam menangani masalah disiplin pelajar ke arah melahirkan warganegara yang berdisplin dan bersahsiah tinggi.
"Kita juga mahu penglibatan pelajar dalam Kor Kadet Polis tidak dilihat sebagai mengisi kokurikulum sekolah semata-mata, tetapi lebih penting menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah dan polis untuk melaporkan perlakuan jenayah dalam kalangan pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#jenayah
#KPN< khalid abu bakar
#pelajar sekpolah
#salah laku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan