awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pulau Pinang tahan 11 lelaki di bawah SOSMA, direman 28 hari

Bernama
Bernama
27/11/2024
13:39 MYT
Polis Pulau Pinang tahan 11 lelaki di bawah SOSMA, direman 28 hari
Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disyaki terlibat dengan kumpulan menjalankan kegiatan jenayah terancang dan berleluasa. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disyaki terlibat dengan kumpulan menjalankan kegiatan jenayah terancang dan berleluasa.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan bermula 3.30 pagi semalam menerusi Op Cantas Mutiara di sekitar Pulau Pinang.
"Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, dibantu oleh Bahagian Jenayah Terancang (B14) dan Bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman, hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak beberapa minggu lepas.
"Berdasarkan siasatan, 11 lelaki yang ditahan menerusi operasi itu adalah anggota sebuah kumpulan jenayah terancang dan bergiat aktif sejak 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Alwi berkata semua mereka direman selama 28 hari sehingga 28 Dis ini di bawah Seksyen 4 (5) SOSMA dan kes itu disiasat bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pulau pinang
#SOSMA
#Tahan
#Op Cantas Mutiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan