awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 - Armizan
Cadangan pengeluaran Akaun 2 melalui i-Lindung sedang diteliti - MOF
Ibu Ida Nerina meninggal dunia akibat sakit tua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan 12 individu bantu siasatan kes bayi maut

Bernama
Bernama
11/03/2026
14:00 MYT
Polis rekod keterangan 12 individu bantu siasatan kes bayi maut
Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada Isnin lepas.
Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata mereka terdiri daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan itu serta ibu bapa bayi tersebut.
“Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan kenyataan,” katanya ketika dihubung hari ini.
Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez pada 4.20 pagi Isnin selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam sehari kerana ibunya, seorang jururawat bertugas syif malam.
Sehubungan dengan itu, polis menahan dua wanita berusia 22 tahun yang kini direman sehingga 16 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis rekod keterangan
#bantu siasatan
#kes bayi maut
#Hospital Seberang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan