awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera

Bernama
Bernama
14/05/2024
23:10 MYT
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh, minggu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian pada 9 Mei itu, mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
"Pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham antara mereka berdua, dan suspek berusia 36 tahun telah direman selama tiga hari dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
Terdahulu tular gambar kecederaan seorang lelaki yang disyaki anggota tentera akibat dipukul dengan parang, dalam pergaduhan di sebuah kem.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana telah membuat bising.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yahaya Othman
#video tular
#gaduh
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan