awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos disyaki seludup ganja

Bernama
Bernama
12/06/2025
13:00 MYT
Polis sahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos disyaki seludup ganja
Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Laos selepas tiba di negara berkenaan dengan menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Thailand.
"Pemeriksaan mendapati mereka meninggalkan tanah air pada 22 Mei lepas dan kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada ganja itu diseludup dari negara ini atau Thailand.
"Mereka kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Laos dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, media tempatan Laos melaporkan tiga lelaki termasuk seorang penyanyi rap dari Malaysia ditahan pihak berkuasa negara itu dalam satu pemeriksaan rutin melibatkan pegawai kastam dan penguat kuasa lapangan terbang.
Dalam pemeriksaan terhadap enam beg bagasi milik mereka, pihak berkuasa menemukan 103 bungkusan ganja dengan anggaran berat keseluruhan 86 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi berkenaan.
Difahamkan, tiga individu itu sedang menunggu penerbangan ke Jerman dipercayai untuk membawa keluar dadah terbabit ke negara berkenaan.
Pihak berkuasa Laos memaklumkan tiga individu berkenaan akan didakwa mengikut undang-undang negara itu dan kes disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga rakyat Malaysia
#ditahan di Laos
#JSJN Bukit Aman
#seludup ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan