awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Samarahan tahan operator kren tumbang kerana sebabkan kematian

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
16/08/2017
11:37 MYT
Polis Samarahan tahan operator kren tumbang kerana sebabkan kematian
Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tetapi telah klasifikasikan semula di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai. - Gambar fail
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar sebentar tadi mengesahkan polis Samarahan telah bertindak menahan operator kren tumbang yang menyebabkan kematian dua pekerja di tapak pembinaan Taman Capital Tanjung Tuang di sini pada Jumaat lalu.
Katanya, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi untuk membantu siasatan berhubung kematian Muhammad Bake, 49, dari Kampung Melayu, Kota Samarahan dan Helen Suma Gilbert, 40, dari Kampung Moyan Lidang, Asajaya selepas kren tersebut tumbang menimpa mereka.
"Sebelum ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tetapi kita telah klasifikasikan semula kes di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai," katanya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf sebelum ini memaklumkan bahawa pasukan penyiasat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan melakukan siasatan di tapak lokasi untuk mengenal pasti elemen kecuaian dari aspek prosedur pembinaan.
Manakala Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) akan melihat kemungkinan berlakunya pengabaian dari aspek keselamatan.
Topic Berkaitan
#kren tumbang
#magsa
#PDRM
#polis
#Samarahan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan