awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia gesa AS timbang semula tindakan sekat Selat Hormuz - Mohamad Hasan
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Bekas peguam, kerani maut akibat lemas kerana terhidu asap - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2025
00:50 MYT
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
"Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#foto disunting
#media sosial
#jual
#Shahrulnizam Ja'afar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan