awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN

Bernama
Bernama
29/10/2024
15:07 MYT
Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Razarudin berkata PDRM sedang menyemak kesahihan dakwaan itu dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar Negeri. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sedang menyemak kesahihan dakwaan itu dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar Negeri.
Sebelum ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.
Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat itu dan menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri ketika di luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Kementerian Luar
#kad pengenalan
#lesen memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan