awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penglibatan ahli politik, NGO dalam perhimpunan

Bernama
Bernama
22/01/2022
16:40 MYT
Polis siasat penglibatan ahli politik, NGO dalam perhimpunan
Siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan beberapa Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam perhimpunan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di Bangsar, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Amihizam dalam satu kenyataan berkata peserta perhimpunan seramai kira-kira 50 orang yang memakai baju hitam mula berkumpul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sejak pukul jam 10.45 pagi.
"Pada kira-kira jam 11.45 pagi, jumlah peserta perhimpunan dianggarkan seramai 400 orang mula berarak dengan membawa kain rentang bercetak "Tangkap" ke Jalan Travers sehingga di persimpangan lampu isyarat ke Pekan Brickfields," katanya.
Menurutnya kesemua peserta perhimpunan kemudian bergerak kembali ke Stesen LRT Bangsar dan bersurai secara berperingkat selepas 30 minit setelah ketua perhimpunan memberi ucapan.
Amihizam berkata seramai 21 pegawai polis dan 205 anggota dari pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) terlibat mengawasi perhimpunan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#Kuala Lumpur
#LRT
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan