awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak

Bernama
Bernama
06/03/2026
13:42 MYT
Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sebuah MPV polis berhenti untuk mengambil bungkusan di sebuah restoran mamak. - Gambar Sinar Harian
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pasukan itu yang berhenti untuk mengambil bungkusan di sebuah restoran mamak, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya mengesan video berdurasi 12 saat itu di media sosial pada 7.50 malam yang memaparkan insiden di kawasan deretan kedai dalam daerah pentadbiran berkenaan.
Beliau berkata rakaman itu menunjukkan seorang pekerja restoran menghampiri kenderaan MPV dengan kod kenderaan SL198 sebelum menyerahkan dua bungkusan plastik berwarna putih kepada pemandu kenderaan tersebut di siang hari.
"Pihak IPD Sungai Buloh mengesahkan kejadian yang berlaku melibatkan MPV milik IPD ini. Perkara ini akan disiasat secara terperinci dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang didapati terlibat.
"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga pasukan yang melakukan salah laku hingga boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Mohd Hafiz menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh mencemarkan imej pasukan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#video tular
#MPV
#mamak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan