awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat

Bernama
Bernama
23/12/2024
14:00 MYT
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Seorang tekong darat sanggup memandu dalam keadaan berbahaya dan melanggar beberapa buah kenderaan orang awam demi menyelamatkan diri daripada dicekup selepas membawa PATI di Kampung Bechah Temalang di Tumpat pada Ahad. - Gambar PDRM
KOTA BHARU: Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kesemua pendatang tanpa izin berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan pada 7.40 malam semasa unit peronda MPV menjalankan rondaan.
Beliau berkata polis mengesan sebuah Perodua Alza dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan kereta itu berhenti namun tidak diendahkan dan terus memecut menghala ke Wakaf Bharu.
"Anggota peronda mengekori kereta itu dan telah menghubungi bilik gerakan Tumpat untuk bantuan unit rondaan bermotosikal dan anggota ronda cegah jenayah dari Balai Polis Wakaf Bharu.
"Apabila sampai di jalan Kampung Bechah, Temalang di sini, suspek bertindak melanggar beberapa kenderaan awam sebelum terbabas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kereta dipandu suspek itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E Akta Imigresen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi bilik gerakan IPD Tumpat di talian 09-7257222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#Akta Imigresen
#bilik gerakan
#nombor pendaftaran palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan