awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki disyaki curi kabel di Teluk Intan

Bernama
Bernama
18/03/2026
15:32 MYT
Polis tahan dua lelaki disyaki curi kabel di Teluk Intan
Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan guni mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram. - Foto Polis Daerah Hilir Perak
Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan, dua hari lepas.
Polis Daerah Hilir Perak dalam kenyataan di Facebook malam tadi memaklumkan hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan satu guni berwarna putih yang mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram.
Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, selain semakan mendapati mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes kecurian kabel lain di sekitar daerah Teluk Intan.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan tindakan pertuduhan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Teluk Intan
#jenayah
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan