awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2014
10:21 MYT
Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel
Gambar fail peserta-peserta 'pesta bogel' yang diadakan di Teluk Bahang baru-baru ini.
Seorang peserta wanita yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan Lai Fah Hin berkata, wanita yang dikenali sebagai 'Ellen' berusia 34 tahun itu adalah seorang guru muzik berasal dari Pulau Pinang. Dia ditahan pada jam 9.55 malam tadi di Bayan Baru.
Tambahnya, selain Ellen, polis kini menjejaki penganjur yang dikenali sebagai Chew Tok Hwa, 57, berasal dari Sungai Petani, Kedah, dan Albert Yam dari Singapura selepas identiti dan gambar didedahkan polis hari ini.
Chew juga seorang bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang dan masih berada dalam negara dan dia diminta tampil membantu siasatan.
Polis turut mendedahkan identiti peserta yang dikenali sebagai Kok Hong dari Singapura, Carmen Chan (Malaysia), Terry (Singapura), Thomas Kong (Malaysia), Janice (Malaysia), Newman (Myanmar), teman wanita Newman (Myanmar), Justin Ang (Malaysia), Lionel Lau (Singapura), James Kumar (India), Ellen (Malaysia), Michale (Malaysia) dan Marvin Cuevas (Filipina).
Tambahnya, kesemua mereka menggunakan nama samaran dan menyukarkan pihak polis menjejaki mereka.
Justeru, orang ramai yang mengenali dan terjumpa dengan mana-mana peserta bogel terbabit diminta menghubungi pihak polis berdekatan.
Sehingga kini, polis telah merekod 16 percakapan beberapa saksi dan pihak yang berkaitan dengan kes itu termasuk dua peronda bertugas di pantai berkenaan.
Sebanyak sebelas laporan polis telah diterima berhubung kes berkenaan. Bagi kesalahan menganjur pesta berkenaan, penganjur disiasat dibawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pada Rabu, polis mengenal pasti tujuh rakyat tempatan sebagai antara 15 individu yang terbabit dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Teluk Kampi, Teluk Bahang.
Pesta itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi.
Topic Berkaitan
#pesta bogel
#Teluk Bahang
#Teluk Kampi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan