awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki beli dan jual senapang tiruan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/07/2021
14:07 MYT
Polis tahan lelaki beli dan jual senapang tiruan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras senapang raifal tiruan dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam. - Foto ihsan PDRM
BUKIT MERTAJAM : Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras senapang raifal tiruan dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata lelaki berusia 25 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.
Serbuan dibuat susulan laporan di terima mengenai tindakan lelaki itu yang dikatakan membeli senapang raifal tiruan jenis HK416 dan M16 di platform e-dagang sebelum menjual semula kepada sesiapa yang mahu membelinya.
Shafee berkata ketika serbuan di stor berkenaan terdapat seorang penjaga stor lelaki dan dia ditahan untuk tindakan selanjutnya.
"Selain senapang, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua botol minuman berkarbonat yang di dalamnya terdapat ketulan gel kecil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Shafee, hasil siasatan ke atas suspek yang ditahan mendapati dia membeli raifal tiruan berkenaan melalui aplikasi e-dagang dan akan menjual semula.
Suspek dikatakan membeli senapang berkenaan sebelum diubah suai dan menjualnya pada harga berganda bagi mengaut keuntungan.
Difahamkan, suspek terbabit dalam kegiatan itu sejak Januari lalu dan memberi alasan tidak tahu ia menyalahi undang-undang.
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
Topic Berkaitan
#senapang tiruan
#raifal
#Jalan Permatang Pauh
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#E-dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan